Skip to main content

Short-term Courses

Penawaran Kursus Pendek Kulliyyah & Pusat Pengajian dengan kerjasama Pusat Pengajaran Universiti dan Pendidikan Sepanjang Hayat (PUSH)  Bagi Tahun 2022/2023

KLIK DI SINI UNTUK MENDAFTAR

Bengkel Tarikh Penerangan
Bengkel Online "TikTok Marketing For Beginners" 09.09.2023
Bengkel Online "TikTok Marketing For Beginners"
✅Tidak kira anda siapa!
✅Terbuka kepada semua yang berminat!
Hubungi urusetia untuk Pendaftaran :
Program Entrepreneurship For Beginners Akan Datang
Kursus Penggunaan Aplikasi Green Screen Dalam Suntingan Video
Kursus Asas Penyediaan Masakan Barat
Kursus Penghasilan Aiskrim Popsicle
Kursus Penyediaan Boko Ubi Kayu & Kek Batik Melting
Kursus Penyediaan Cinnamon Roll & Kek Pisang Moist
Kursus Smartphone Photography untuk Keberkesanan Pemasaran Digital
Aneka Kuih Talam
Bengkel DIY Gubahan Bunga Dan Buah
Bengkel Suntingan Video
Kursus Etiket Dimajlis Rasmi
Kursus Restorasi Fot Untuk Pemeliharaan gambar Dan Dokumen Lama
Bengkel Penghasilan Aneka Brownies
Bengkel Masakan 3 Jenis Pasta (Bolognese/Carbonara/Aglio)
Kursus Homemade Beef Patty
Bengkel DIY Khat Kawad Kraf
Kursus Penghasilan Logo Menggunakan Software Adobe Ilustrastor (AI)
Kursus Smartphone Videography untuk Keberkesanan Pemasaran Digital
Kursus Dekorasi Kek
Kursus Pembuatan French Nougat & Jelly Fruits Cube Sugar
Bengkel Penghasilan Roti Bun
Bengkel DIY Mencanting Batik Bingkai
Bengkel Penghasilan Biscoff CheeseCake
Kursus Tetapan Meja Asas dan Lipatan Napkin
Kursus Kemahiran Membaca Al- Quran Secara Atas Talian
Bengkel Penyelidikan Dan Analisis Kuantitatif 1
Bengkel Penyelidikan Dan Analisis Kuantitatif 2
Kursus Perancangan Pewarisan Harta Islam
Kursus Dare to Speak Up

Read more …Short-term Courses

Kursus Kemahiran Membaca Al-Quran

Kursus Kemahiran Membaca Al-Quran

Mohon Online

Kursus ini ditawarkan oleh Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) dengan kerjasama UniSHAMS dan kuliah disampaikan oleh para pensyarah UniSHAMS. Kursus persijilan ini terbuka kepada seluruh masyarakat awam yang berminat mempelajari serta mendalami al-Quran al-Karim.

Pada peringkat permulaannya kursus ini akan memberi penekanan kepada pengenalan dan asas membaca al-Quran. Bagi peserta yang langsung tidak boleh membaca al-Quran, peringkat ini amat sesuai kerana peserta akan diajar bermula dari mengenal huruf dan mengeja. Seterusnya penekanan terhadap kemahiran membaca termasuk kelancaran bacaan dan dapat mengenal pasti tempat hukum tajwid dalam bacaan. Pada peringkat akhir, penekanan diberikan kepada ilmu Tajwid yang akan mendedahkan peserta dengan lebih mendalam juga termasuk hafazan surah-surah lazim. Sepanjang program ini, peserta akan diajar dan dibimbing secara praktikal beserta latihan-latihannya.

Nota pengajaran disediakan dan diajar oleh para pensyarah yang pakar. Kursus ini akan memberi pengalaman yang menarik kepada peserta. Mereka akan dapat mengikuti dan memahami serta meningkatkan kelancaran bacaan al-Quran di samping mengetahui dan menguasai ilmu-ilmu Tajwid pada masa yang sama.

  • Objektif

    Memperkenalkan huruf-huruf Al-Quran, makhraj dan sifat-sifatnya yang betul, hukum -hukum tajwid Al-Quran serta ilmu Tarannum Al-Quran kepada masyarakat awam.Membimbing masyarakat membaca Al-Quran dengan fasih dan betul.

  • Struktur Kursus

    Kursus ini ditawarkan dalam 3 Peringkat (Peringkat 1, Peringkat 2 dan Peringkat 3) yang berasingan. Peserta akan dibahagikan dan ditentukan kumpulan mengukut tahap pengetahuan dalam kursus melalui ujian penempatan. Kursus dijalankan secara separuh masa selama 6 bulan bagi satu peringkat iaitu 96 jam kuliah. Pengajian dikira mengikut sistem modular iaitu 32 jam bagi setiap modul. Tawaran dibuat untuk setiap peringkat. Peperiksaan akan diadakan setelah tamat satu-satu peringkat.

    Peringkat I - Sijil Asas Kemahiran al-Quran

    • Modul 1
      Pengenalan kepada huruf-huruf al-Quran. Peserta didedahkan dengan perkara-perkara asas dalam pembelajaran al-Quran iaitu pengenalan kepada huruf-huruf al-Quran dan tanda baris beserta bunyi yang betul (makhraj).
    • Modul 2

      Peserta didedahkan dengan gabungan -gabungan huruf yang membentuk kalimah atau perkataan beserta dengan hukum-hukum asas seperti mad, idgham, izhar, dengung (ghunnah) dan lain-lain hukum asas.

    • Modul 3

      Kesinambungan Modul 1 dan Modul 2. Peserta akan didedahkan dengan kalimah - kalimah al-Quran yang menbentuk ayat-ayat untuk dipraktikkan.

    Peringkat II - Sijil Kemahiran al-Quran

    Peserta dibimbing mempraktikkan bacaan pada surah-surah pendek dan panjang untuk memantapkan penguasaan bacaan mereka.

    • Modul 1
      Surah-surah lazim: Surah an-Nas, sehingga al-Dhuha.
    • Modul 2
      Surah-surah pilihan : Surah Yasin, al-Mulk, dan al-Insan dan lain -lain.
    • Modul 3
      Surah al-Baqarah

    Peringkat III - Sijil Tajwid al-Quran

    Peserta didedahkan dengan tajwid teori dan dilatih tubi dengan bacaan betul mengikut hukum-hukum tajwid secara mendalam.

    • Modul 1
      Pengenalan ilmu tajwid beserta dengan makhraj dan sifat huruf.
    • Modul 2
      HPeserta didedahkan dengan hukum-hukum mad.
    • Modul 3
      Peserta akan didedahkan dengan hukum wakaf dan ibtida'.

      Kursus dijalankan secara separuh masa selama enam (6) bulan bagi setiap peringkat iaitu 96 jam kuliah keseluruhannya.

  • Jadual Program

    Tempat Kuliah : UniSHAMS

    Masa Kuliah : Sabtu (8.30 pg - 12.30 Tgh)

  • Kaedah Penilaian

     

    • Peperiksaan : 100%
    • Peperiksaan akan diadakan pada penghujung setiap peringkat.
  • Syarat Kemasukan

    Berumur 15 tahun ke atas (Tiada had umur)

    *Kelayakan Bahasa Arab atau Pengetahuan Agama Islam tidak diperlukan.

    * Semua pemohon yang layak akan dipanggil untuk menduduki ujian penempatan selepas tarikh tutup permohonan bagi penentuan peringkat.

  • Jadual Pengambilan

    Mei dan Oktober

  • Yuran Pengajian

    Yuran bagi setiap peringkat adalah RM 1500.00 dan pecahan yuran adalah seperti berikut :

    Yuran Pendaftaran : RM 50
    Yuran Pengajian : RM 1450*
    Caj GST 0%
    *Termasuk nota kursus

    Pembayaran Secara Ansuran

    Keterangan Jumlah
    Pendaftaran 50

    Ansuran 1
    450
    Ansuran 2 500.00
    Ansuran 3 500.00
    Jumlah Keseluruhan 1500.00

     

Read more …Kursus Kemahiran Membaca Al-Quran

Kursus Pengajian Talaqqi Al Quran Bersanad

Kursus Pengajian Talaqqi Al Quran Bersanad

Mohon Online

Kursus ini ditawarkan oleh Pusat Pengajaran Universiti & Pendidikan Sepanjang Hayat (PUSH) dengan kerjasama Kulliyyah Usuluddin & Sains Al - Quran (KUSQ), UniSHAMS  dan kuliah disampaikan oleh para pensyarah UniSHAMS. Kursus persijilan ini terbuka kepada seluruh masyarakat awam yang berminat mempelajari serta mendalami al-Quran al-Karim.

 

  • Objektif

    Menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W dalam pembelajaran Al - Quran

    Memberi peluang kepada masyarakat awam Malaysia belajar Al -Quran secara Talaqqi dan Musyafahah

  • Struktur Kursus

    Kursus ini ditawarkan dalam dua tahap :

    Tahap 4 : (Juz 1 - 15)

    Tahap 5 : (Juz 16 - 30)

    Satu Tahap : 5 Bulan / 60 Jam / 20 kali pertemuan

  • Jadual Program

    • Masa Kuliah : Sabtu  (9.00 Pagi - 12.00 Tgh Hari)

    • Tempat Kuliah : Kampus UniSHAMS, Kuala Ketil, Kedah

  • Syarat Kemasukan

    1. Berumur 15 tahun ke atas (Tiada had umur)
    2. Kelayakan Bahasa Arab atau Pengetahuan Agama Islam tidak diperlukan.
    3. * Semua pemohon yang layak akan dipanggil untuk menduduki ujian penempatan selepas tarikh tutup permohonan bagi penentuan peringkat.
  • Jadual Pengambilan

    Oktober 

  • Yuran Pengajian

    Yuran bagi setiap peringkat adalah RM 1000.00 dan pecahan yuran adalah seperti berikut :
    Yuran Pendaftaran : RM 250.00 
    Yuran Pengajian : RM 750.00*

    Perkara Jumlah(RM)

    Pendaftaran
    Ansuran 1 (semasa pendaftaran)

    250.00

    Ansuran 2

    Ansuran 3

    250.00

    250.00

    Ansuran 4

    250.00

    Jumlah Keseluruhan 1000.00

Read more …Kursus Pengajian Talaqqi Al Quran Bersanad